Puan Mazlin Merezukhi merupakan salah seorang Stokis Red Diamond Mutyara. Suatu ketika dahulu, beliau merupakan seorang bekas pramugari MAS namun kini bergelar seorang suri rumah tetapi dalam masa yang sama menceburi bisnes sepenuh masa bersama Mutyara.
Perjalanan beliau dengan Mutyara bermula sejak bulan Januari 2020 ketika itu beliau hanya merupakan Stokis Diamond Mutyara. Merupakan seorang leader dan usahawan yang sangat konsisten dan komited dalam usaha mempertingkatkan jualan beliau setiap bulan.
Dalam tempoh beberapa bulan sahaja, beliau telah berjaya menjual lebih dari 2,500 botol Mutyara hanya dengan bergerak solo. Kini beliau telah mempunyai team beliau sendiri yang diberi nama team Chantik. Mereka yang turut sama bersemangat menyokong beliau memajukan bisnes bersama Mutyara.
Walaupun beliau datang dari keluarga yang senang, tetapi ia tidak menjadi penghalang beliau untuk lebih bersemangat dalam melakukan sesuatu dalam mencapai kejayaan peribadi seterusnya memberikan inspirasi untuk wanita lain di luar sana.